Berpijak Di Bumi Yang Nyata

Sabda Rasulullah s.a.w : “Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .


Jam 10.35 pagi, konvoi SK LKTP Redong telah selamat riba di perkarangan Mahkota Parade. Hari Keluarga pada tahun ini diadakan di Everly Resort Melaka. Sebelum check in hotel, kami bersama-sama ahli keluarga masing-masing bermain bowling.

sibuk cari bola bowling..he..he

tengah sibuk pilih saiz kasut...


makan tengahari di Pantai Puteri

Makan malam di Medan Selera Ikan bakar Anjung Batu. Makan sampai tak lalu…hu..hu

Aktiviti sukaneka telah dijalankan pada pagi ahad. Seronoknya, sebab semuayer dapat hadiah...he..he :)

geng pecah belon


Diharapkan, hari keluarga yang diadakan pada tahun ini, dapat merapatkan ukhwah sesama guru dan staf sekolah. Semoga apa yang dilaksanakan mendapat keredhaan Ilahi. Sekali lagi diharapkan, agar semua guru-guru dapat menyertai Hari Keluarga pada tahun hadapan pula. Syabas diucapkan kepada jawatankuasa yang terlibat sepenuhnya bagi menjayakan program Hari Keluarga pada tahun ini..

Alhamdulillah…

Bersyukur kepada Allah SWT. Akhirnya, aku dapat juga mengkhatamkan membaca tafsir Quran pada hari ini bersamaan 27 Jamadil Awal 1431 H. Sangat seronok hati ini. Walaupun mengambil masa yang agak lama, kira-kira hampir 6 tahun lamanya. He..he kalu orang berkahwin mungkin dah ada 2 atau 3 orang anak. Bukan apa, cuma kadang-kadang aku tidak dapat membaca tafsir disebabkan kekangan masa dan tugasan seharian. Juga disebabkan kelemahan diriku sendiri. Banyak yang perlu aku perbaiki di dalam diri ini. Terutamanya berkaitan dengan hati. Insya`Allah, aku berharap DIA akan terus memberi aku kemudahan untuk terus perbaiki diri ini. Aku juga berharap akan dapat mengkhatamkan sekali lagi tafsir Quran ini sekali lagi sepanjang hidup aku… Insya`Allah…amin..

Sekadar renungan yang telah menyedarkan aku tentang perkara di atas; Soalan yang pernah ditanya pada diriku. Soalan 6 tahun lalu inilah yang membuatkan aku terpanggil menyahut cabarannya.
“Berapa kali anda dah khatam Quran ? ” Mungkin 3 kali atau lebih..tapi kamu faham ke apa yang kamu baca selama ini ?
“Berapa kali anda sudah khatam membaca tafsir Quran ? “ Apa, belum pernah..jadi bermulalah daripada sekarang.

Mungkin, kita pada hari ini bangga dengan bilangan seseorang khatam sesebuah Quran. Namun, kita tidak faham apa yang kita baca. Jika tidak banyak pun, cukuplah sedikit maksud Quran itu kita fahami supaya kita terus menjadi manusia yang sentiasa berfikir.





Salam…

Akhir-akhir ini tersiar khabar dari media cetak maupun media elektronik khususnya mengatakan bahawa sejumlah ulama di Jawa Timur telah mengharamkan facebook. Fatwa haram tersebut telah memeranjatkan para pengguna facebok.

Ini adalah kerana pengguna facebook bukan hanya dari kalangan orang awam saja, namun ia juga digunakan oleh golongan intelek sebagai alat untuk berkomunikasi bagi memudahkan aktiviti atau urusan harian mereka. Memang ternyata facebook memiliki banyak manfaat selayaknya alat komunikasi lain seperti telefon.

Jika diperhatikan Facebook memang memiliki kebaikan dan keburukkan kepada penggunanya. Pada pendapat aku, setiap kebaikan dan keburukkan yang diperolehi adalah bergantung kepada penggguna yang memanfaatkan facebook itu sendiri. Jika Facebook dimanfaatkan untuk kebaikan, pastinya kebaikanlah yang akan diperolehi…dan begitu juga sebaliknya.

Namun begitu, aku menyeru kepada pengguna Facebook terutamanya beragama islam, janganlah terlalu leka dengan Facebook setiap masa. Sebagai seorang Muslim ada perkara lain yang seharusnya lebih diutamakan.

Apa pengguna fB selalu kata…

“Alah…lupa nak online fB pagi nie..”

“Eh, kau dah buka Facebook hari nie… ?”

“Petang karang jom online fB…”

“Aku online fB setiap hari..jangan risau..”

Apa kata jika anda…kata begini

“Alah…lupa nak baca Quran pagi nie..”

“Eh. Kau dah baca Quran hari nie…?”

“Petang karang jom baca Quran…”

“Aku nak baca Quranlah setiap hari...”


Ramai juga kawan-kawan aku, dari dulu sampailah sekarang dok pujuk supaya join fB. Namun aku hanya beri alasan belum tiba masanya. Mungkin satu hari nanti..tetapi bukannya sekarang. Entahlah…aku rasa fB sama macam rangkaian sosial lain seperti friendster, twitter, tagged dan lain-lain. Jadi ianya tidaklah begitu mengujakan aku setakat ini. Biarlah aku dengan cara aku. Walaupun kawan-kawan aku kata “kau nie ketinggalan zaman lah”. Namun, aku tetap aku. Aku selesa dengan cara aku.



Aku harapkan, apapun yang anda lakukan, membuka Facebook tidak ketinggalan (kewajiban yang lain jalan, Facebook juga jalan).


Kita tak ingin meninggalkan komputer?


Tak ingin tinggalkan Quran ?

Hujung minggu yang lalu Kelab Tenis IPGM KSM dengan kerjasama daripada Gerko Tenis PPISMP KS 2 telah menjayakan Kejohanan Tenis Tertutup IPGM KSM edisi ke2. Pertandingan telah bermula dari petang khamis sehingga petang sabtu. Aku telah ditugaskan sebagai ajk pertandingan. Persiapan format pertandingan telah awal disiapkan dengan bantuan Sahril (ayahpin)..he..he. bukan ayah pin ajaran sesat tau..

Ashraf dan jun sedang mengambil buah kelapa untuk En. Anuar..

Tahun ini sekali lagi tahun ini aku menyertai pertandingan ini. Beregu, macam biasalah dengan Nabil. Alhamdu`lilah, tahun ini sekali lagi kami berdua telah menjadi johan dalam acara beregu dua tahun berturut-turut. Tetapi sedih juga, sebab tahun hadapan tidak akan dapat bersama lagi dengan Kelab Tenis. Yelah, bulan 12 nanti dah posting..hu..hu. Nabil pula kenelah cari pasangan baru untuk berlatih bersama. Cadanganku kepada dia agar dia berlatih pula bersama dengan Ayah pin atau dengan Atok. Mereka berdua tue pun semakin hebat. Tambah-tambah si Atok, servis kencang dia semakin menjadi-jadi sejak dua menjak ni. Semoga mereka dapat serasi bersama…Insya`Allah

Perlawanan akhir beregu lelaki

Di kesempatan ini juga, ucapan ribuan terima kasih kepada adik-adik KS 2 yang banyak membantu Kelab Tenis menjayakan kejohanan pada kali. Lima bintangku hadiahkan kepada mereka atas kerjasama baik yang telah mereka berikan. Walaupun, kelas KS 2 ni hanya ada 3 orang sahaja lelaki..tetapi mereka semua bertanggugjawab atas apa yang telah diamanahkan. Semoga berjaya dalam peperiksaan akhir semester 3, dan semoga maju jaya..amin..

PPISMP KS 2 dan ahli kelab tenis

Bangunkan diri, jadilah guru yang bertaqwa.

Pintu Masuk

Suasana diperkarangan masjid

Bumbung hijau bersulaman warna merah

Adunan geometrik pada dinding masjid

Mimbar masjid

Dua minggu lepas saya telah ke Rantau Panjang bersama rakan untuk membeli belah di sana. Perjalanan ke Rantau Panjang dari Kuala Besut kira-kira mengambil masa selama sejam setengah. Suasana pekan Rantau Panjang pada hari ini sangat meriah. Kebanyakan kenderaan berdaftar luar daripada Negeri Kelantan membanjiri pekan Rantau Panjang. Suasana sebegini mungkin akan bertambah sibuk lagi, apabila seminggu sebelum menjelang Aidilfitri.

Namun, ketika di Rantau Panjang dari jauh kelihatan bagaikan sebuah bangunan kuil atau istana lama di China. Bangunan berbumbung hijau dan diselari dengan warna merah itu mencuri perhatian sesiapa yang mengunjungi ke pekan Rantau Panjang atau yang baru memasuki negara ini melalui pintu sempadan.

Kami tidak melepaskan peluang untuk bersolat zohor di masjid ini yang penuh dengan seni budaya Cina. Masjid ini juga diberi gambaran awal sebagai masjid tiga budaya di mana selain budaya Cina sebagai terasnya, ia turut diselitkan sedikit dengan calitan budaya India dan Melayu di pinggirannya dengan lorekan simen di beranda di samping lakaran geometrik Asia Tengah di dalamannya. Saya telah mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Mungkin selepas ini, saya tidak berkesempatan untuk singgah ke Rantau Panjang lagi.

Assalamu`alaikum

Kasut ni saya beli kat al-ikhsan Kuala Terengganu yang baru dibuka. Kasut ni dibeli sebab kasut yang lama tue dah uzur sangat. Sampai tapak pun hampir nak tercabut. Yelah kira-kira hampir 2 tahun pakai, prestasi pun mestilah dah turun juga..sama jugalah seperti manusia, makin lama makin kurang prestasinya. Oleh itu, saya telah buat keputusan untuk mencari pegantinya yang baru.

Kebetulan pula pada malam tu sahabat saya Karim, datang singgah kat asrama sebelum bertolak ke KL. Pada masa itu saya sedang membuka laman web al-ikhsan, saje nak tengok-tengok mana tahu kalau ada yang berkenan di hati. Bajet untuk kasut kali ini saya telah tetapkan bawah RM100.00 sahaja. Akhirnya, saya terlihat satu kasut futsal Lotto 'Shoe Punta In' yang menambat hati ini. He..he angan-angan ingin tunggu sahaja cuti sekolah ni baru nak pergi cari. Tapi lepas makan malam kami terus bergegas ke bandar KT dengan kereta Karim.

Kami bergerak ke sana lebih kurang pukul 8.20 malam dan tiba di al-ikhsan pada pukul 9.35 malam. Nasib baik belum tutup lagi. Cuma sebelah pintunya sudah diturunkan..alhamdulilah. Al-ikhsan kat KT ni boleh tahan juga besar. Setiap jenis kasut diletakkan secara berasingan. Memang memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan. Lotto Shoe Punta In yang saya idamkan tadi ada tersusun di atas rak…namun apakan daya tiada saiz yang sesuai.

Namun hati ini tidak hampa kerana ada satu lagi kasut futsal Lotto yang tidak kurang menarik. Setelah mencubanya, saya terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Kasut ni saya pilih sebab boleh pakai ke kuliah dan bermain futsal. Selepas kasut ini entahlah kasut apa pula yang akan saya beli..he..he.? Saya berharap kasut yang baru dibeli ini akan bertahan dengan lama..Insya`Allah..amin.



Alhamdulillah...

Tamat sudah praktikum fasa ketiga yang berlangsung selama 6 minggu di Sekolah Kebanggsaan Kampung Buloh, Setiu Terengganu. Pendek kata, secara keseluruhannya praktikum kali ini terasa lebih bermakna berbanding sebelum ini. Ini mungkin disebabkan saya tinggal bersama-sama murid di asrama.

Warga sekolah SKKB terutama guru-guru dan kakitangan sekolah sangat baik dengan kami sepanjang berada selama 6 minggu di sana. He..he…tambah-tambah lagi, mestilah kene baik dengan kerani kat pejabat tue. Barulah senang sikit nak photostat lembaran kerja untuk murid-murid. Nasib baik kerani kat sekolah nie “beres belaka” sampaikan kata “cikgu pi photostat je berapa-berapa yang nak”. Wah tersenyum lebarlah kami…he..he.

Warden asrama pula iaitu cikgu Fizi. Dia seorang baik dan peramah. Cikgu Fizi masih belum berkahwin, jadi memang satu kepalalah dengan kami. Sampaikan saya ajar dia main mafia wars kat tagged. Setiap petang kecuali jumaat dan sabtu kami, cikgu Fizi dan cikgu Napi “ikhlas royak”, melatih budak bola sepak bawah 11 tahun. Anjuran siapa lagi kalau tak guru besar kami cikgu Hashim@Mat jen..he..he. Beliau memang otai kat sekolah nie...orang lama katakan. Pertandingan bola sepak bawah 11 tahun akan diadakan selepas raya nanti. Saya berharap pasukan SKKB akan menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Akhir kata, ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah SKKB. Semoga kita dapat bertemu lagi. Insya`Allah…amin


Tuan puteri pergi ke Rasah

Pulang semula sebelah pagi

Kita bertemu akhirnya berpisah

Diizin Tuhan bersua lagi