Berpijak Di Bumi Yang Nyata

Sabda Rasulullah s.a.w : “Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

Protien kacang soya dapat disetarakan dengan dua kali protien daging, empat kali telur,empat kali gandum, lima kali atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protien kacang soya bukan sahaja tinggi,tetapi juga baik dari segi kualitinya. Jika sebelum ini masyarakat umum berpendapat bahawa protien haiwan memiliki kualiti yang baik dibandingkan dengan protien nabati, tetapi pendapat seperti itu sudah lapuk. Protien nabati kini mendapatkan prioriti utama.

Penyelidikan mengenai makanan berkhasiat, mendapati kacang soya memiliki beberapa kelebihan lain apabila ia dibandingkan dengan daging lembu. Anda boleh melihat senarai asid amino esensial dalam kacang soya. Senarai tersebut menunjukkan protien kacang soya bukan sahaja mempunyai kualiti yang lebih baik dari daging lembu tapi jumlahnya hampir dua kali ganda untuk setiap asid amino esensial.

Sudah jelas diketahui bahawa makanan yang berasal daripada haiwan akan menaikkan kolesterol darah,yang memungkinkan seseorang itu menderita pelbagai jenis penyakit. Dr Pottenger. Jr dan Dr Krohn dengan kerjasama 122 sukarelawan telah melakukan satu penyelidikan mengenai perkara ini. Sukarelawan tersebut diminta untuk memakan makanan yang berkadar lemak tinggi, termasuk hati dan otak mentah, dimana keduanya sangat kaya dengan kolesterol. 99 orang diantaranya mengambil satu sudu lechitin kacang soya setiap kali makan dan 23 peserta lagi tidak mengambilnya.

Hasilnya? Kadar kolseterol dalam darah turun pada 79 % daripada peserta yang mengambil lechitin kacang soya, sementara 23 yang lain iu tidak ada penurunan sama sekali! Minyak kacang soya pun mengandungi sitosterol, iaitu persenyawaan yang juga berkhasiat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.