Soalan :
Adakah air liur membatalkan puasa Ramadhan? Saya menghasilkan air liur yang banyak semasa membaca Al-Quran dan semasa berada di masjid.
Jawapan :
Menelan ait liur sendiri tidak membatalkan puasa seseorang walaupun dalam kadar yang banyak, sama ada di dalam masjid atau di mana-mana. Tetapi, kahak tidak boleh ditelan dan hendaklah diludah ke atas tisu atau sebarang bekas jika ketika itu berada di dalam masjid. (Fatawa al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth wa al-Ifta`, jilid:1, ms: 270).
Jika ditanya, bolehkah menelan kahak dengan sengaja? Jawapannya, haram menelannya dengan sengaja sama ada ketika berpuasa atau tidak kerana ia dianggap kotor dan mungkin mengandungi kuman yang dihasilkan oleh tubuh. Tetapi, jika seseorang menelannya dengan sengaja ketika berpuasa, puasanya masih sah kerana kahak bukan berpunca daripada darah dan tidak dianggap sebagai makanan atau minuman. (Fatawa Syeikh Muhammad bin `Uthaimin. Rujuk: Al-Syarh al-Mumti`, jilid:6, ms: 428)
Rujukan :
Soal jawab puasa: berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi/ Muhammad b. Soleh al-Munajjid, Abdul Aziz b. Abdullah b. Baz, Muhammad b. Soleh al-Uthaimin; selenggaraan: Sakinah Ariff Johor. Karya Bestari Sdn. Bhd.
0 comments:
Post a Comment