Soalan :
Adakah dengan mengambil sedikit contoh darah memberi kesan ke atas puasa?
Jawapan :
Kadar darah yang diambil berdasarkan jumlah yang disebutkan di atas tidak menjejaskan puasa kerana ia sedikit dan tidak menyebabkan tubuh seseorang menjadi lemah. Syeikh Ibn Baz r.h telah ditanya tentang seseorang yang diambil darahnya dalam bulan Ramadhan untuk diuji:
Beliau menjawab: “Ujian dalam bentuk ini tidak memberi kesan kepada puasa. Ia dimaafkan kerana pengambilan itu merupakan perkara yang penting dan bukan merupakan perkara yang boleh membatalkan puasa mengikut syariat”. (Majmu` Fatawa, oleh Ibn Baz, jilid 15, ms: 274).
Syeikh Ibn `Uthaimin r.h telah ditanya tentang seseorang yang menjalani ujian darah ketika berpuasa.
Beliau menjawab: “ Puasanya tidak terbatal kerana jumlahnya kecil dan ia tidak menjejaskan tubuh seperti yang terjadi akibat berbekam”. (Fatawa Arkan al-Islam, ms: 478).
Mengikut kaedah syarak, puasa kekal sah selagi ia tidak dijejaskan oleh perkara-perkara yang dibuktikan oleh syarak menjadi penyebab kepada terbatalnya puasa. Dalam kes ini, tidak ada bukti bahawa puasa itu terbatal kerana jumlah yang diambilnya hanya sedikit.
Rujukan :
Soal jawab puasa: berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi/ Muhammad b. Soleh al-Munajjid, Abdul Aziz b. Abdullah b. Baz, Muhammad b. Soleh al-Uthaimin; selenggaraan: Sakinah Ariff Johor. Karya Bestari Sdn. Bhd.
0 comments:
Post a Comment