Alhamdulillah…
Bersyukur kepada Allah SWT. Akhirnya, aku dapat juga mengkhatamkan membaca tafsir Quran pada hari ini bersamaan 27 Jamadil Awal 1431 H. Sangat seronok hati ini. Walaupun mengambil masa yang agak lama, kira-kira hampir 6 tahun lamanya. He..he kalu orang berkahwin mungkin dah ada 2 atau 3 orang anak. Bukan apa, cuma kadang-kadang aku tidak dapat membaca tafsir disebabkan kekangan masa dan tugasan seharian. Juga disebabkan kelemahan diriku sendiri. Banyak yang perlu aku perbaiki di dalam diri ini. Terutamanya berkaitan dengan hati. Insya`Allah, aku berharap DIA akan terus memberi aku kemudahan untuk terus perbaiki diri ini. Aku juga berharap akan dapat mengkhatamkan sekali lagi tafsir Quran ini sekali lagi sepanjang hidup aku… Insya`Allah…amin..
Sekadar renungan yang telah menyedarkan aku tentang perkara di atas; Soalan yang pernah ditanya pada diriku. Soalan 6 tahun lalu inilah yang membuatkan aku terpanggil menyahut cabarannya.
“Berapa kali anda dah khatam Quran ? ” Mungkin 3 kali atau lebih..tapi kamu faham ke apa yang kamu baca selama ini ?
“Berapa kali anda sudah khatam membaca tafsir Quran ? “ Apa, belum pernah..jadi bermulalah daripada sekarang.
Mungkin, kita pada hari ini bangga dengan bilangan seseorang khatam sesebuah Quran. Namun, kita tidak faham apa yang kita baca. Jika tidak banyak pun, cukuplah sedikit maksud Quran itu kita fahami supaya kita terus menjadi manusia yang sentiasa berfikir.
Fikir Sejenak
"Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman" [HR Muslim]

About Me
- cikgu PJ
- Terengganu, Malaysia
- "maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?" [Ar-Rahmaan]
Blog Archive
Tautan Hati
Blog Ilmiah
-
-
-
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tepati Masa

Sembang Sebentar
Waktu Solat
Cetusan Resepi
Radio Sunnah
Tahukah Anda ?
Kranberi dan beri biru membantu menghalang pembiakan beberapa jenis bakteria termasuk E coli yang dikaitkan dengan jangkitan saluran kencing pada dinding saluran berkenaan.
Kandungan antioksidan dalam beri biru yang tinggi banyak dikaitkan dengan antipenuaan, antibarah dan jantung yang lebih sihat.
Kranberi juga didapati membantu melindungi seseorang daripada barah payu dara dan mengurangkan ulser perut selain membantu mengurangkan tahap kolesterol yang tidak baik (LDL).
May
11
Labels:
Cerita Sana-Sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment